Galeri Opah Homestay

Salam sejahtera kepada para pengunjung Opah Homestay,

Nak tengok Opah Homestay tu macam mana? Jom

Pandangan sisi dari depan
Pandangan hadapan

 Pandangan sisi Opah Homestay dari belakang

 Opah Homestay dikelilingi pagar berkunci

Bilik di tingkat bawah

Bilik di tingkat atas

Bilik tingkat atas

Dapur. Ada mesin basuh, peti ais.

Nak masak pon boleh

Ruang makan

Bilik air. Ada shower dan kolah

Ruang tamu atas

Ruang tamu atas

Ruang tamu utama. Ada Astro NJOI.

Kemudahan seterika turut disediakan



Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat Datang

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Opah Homestay

Selamat Datang & terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi Opah Homestay.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke teratak homestay kami. Terletak di Lunas, Kulim, Opah Homestay adalah tipikal sebuah rumah kampung Melayu. Pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin merasai ketenangan persekitaran kampung Melayu dan lari dari kesibukan kota. Sangat sesuai untuk keluarga atau rakan berkumpulan.

Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang menikmati buah-buahan segar dari kebun jika anda datang pada musim yang tepat.

Opah Homestay berhasrat menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan dengan kemudahan lengkap yang pastinya menjamin satu kenangan terindah terutamanya kepada anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Kami sangat mengalu-alukan komen anda agar dapat kami tambah baik kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Semoga anda berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

Opah: 013-4313326
Aini: 012-4733226


Harga semalam hanya RM250 sahaja. Untuk tempahan lebih lama, harga boleh dirunding.
 

Kemudahan yang disediakan di Opah Homestay, Lunas:
  • 2 Bilik dengan katil Queen + kipas
  • 1 Bilik dengan katil single + kipas
  • Tv & Astro Njoi
  • BBQ
  • Kipas
  • Peti sejuk
  • Almari pakaian
  • Kemudahan luar
  • Dapur terbuka
  • Mesin basuh
  • Tempat letak kereta yang sangat luas

Lokasi:

  • 21 minit ke bandar Kulim
  • 39 minit ke bandar Sungai Petani
  • 37 minit ke Butterworth, Pulau Pinang
  • 1 jam 21 min ke bandar Alor Setar, Kedah
  • 1 jam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • 1 jam 24 min ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah

Lokasi Menarik dari Opah Homestay, Lunas:

  • Kulim Hi-tech Park (13 minit - 8.4km)
  • MBI DesaKu (17 minit - 15km)
  • Jam Merdeka Kulim (21 minit - 13km)
  • Taman Tasik Putra, Kulim (24 min - 14.2km)
  • Mee Udang Sungai Dua (26 min - 20km)
  • Jambatan Pulau Pinang (29 min - 28.5km)
  • Terap Pine Forest (31 min - 24km)
  • Pantai Bersih, Butterworth (33 minit - 25km)
  • Hutan Lipur Ulu Paip (35 min - 23km)
  • Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (35 min - 28km)
  • Gunung Bongsu, Karangan (41 min - 31.2km)
  • Air terjun Junjong (43 min - 27.5km)
  • Hutan Lipur Lata Bukit Hijau (44 min - 37km)
  • The Tree Top Walk Sungai Sedim (47 minit - 35km)
  • Pantai Merdeka (53 minit - 57km)
  • Pusat Arkeologi Lembah Bujang (58 minit - 46km)
  • Hutan Lipur Lata Bayu (58 min - 52km)
  • Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (1 jam 18 min - 73.5km)
  • puncak Gunung Jerai (1 jam 31 min - 72km)

Sekian, Terima Kasih

Galeri Opah Homestay

Salam sejahtera kepada para pengunjung Opah Homestay, Nak tengok Opah Homestay tu macam mana? Jom Pandangan sisi dari depan Pandan...