Selamat Datang
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Opah Homestay |
Selamat Datang & terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi Opah Homestay.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke teratak homestay kami. Terletak di Lunas, Kulim, Opah Homestay adalah tipikal sebuah rumah kampung Melayu. Pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin merasai ketenangan persekitaran kampung Melayu dan lari dari kesibukan kota. Sangat sesuai untuk keluarga atau rakan berkumpulan.
Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang menikmati buah-buahan segar dari kebun jika anda datang pada musim yang tepat.
Opah Homestay berhasrat menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan dengan kemudahan lengkap yang pastinya menjamin satu kenangan terindah terutamanya kepada anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Kami sangat mengalu-alukan komen anda agar dapat kami tambah baik kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Semoga anda berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
Opah: 013-4313326
Aini: 012-4733226
Harga semalam hanya RM250 sahaja. Untuk tempahan lebih lama, harga boleh dirunding.
Kemudahan yang disediakan di Opah Homestay, Lunas:
- 2 Bilik dengan katil Queen + kipas
- 1 Bilik dengan katil single + kipas
- Tv & Astro Njoi
- BBQ
- Kipas
- Peti sejuk
- Almari pakaian
- Kemudahan luar
- Dapur terbuka
- Mesin basuh
- Tempat letak kereta yang sangat luas
Lokasi:
- 21 minit ke bandar Kulim
- 39 minit ke bandar Sungai Petani
- 37 minit ke Butterworth, Pulau Pinang
- 1 jam 21 min ke bandar Alor Setar, Kedah
- 1 jam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
- 1 jam 24 min ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah
Lokasi Menarik dari Opah Homestay, Lunas:
- Kulim Hi-tech Park (13 minit - 8.4km)
- MBI DesaKu (17 minit - 15km)
- Jam Merdeka Kulim (21 minit - 13km)
- Taman Tasik Putra, Kulim (24 min - 14.2km)
- Mee Udang Sungai Dua (26 min - 20km)
- Jambatan Pulau Pinang (29 min - 28.5km)
- Terap Pine Forest (31 min - 24km)
- Pantai Bersih, Butterworth (33 minit - 25km)
- Hutan Lipur Ulu Paip (35 min - 23km)
- Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (35 min - 28km)
- Gunung Bongsu, Karangan (41 min - 31.2km)
- Air terjun Junjong (43 min - 27.5km)
- Hutan Lipur Lata Bukit Hijau (44 min - 37km)
- The Tree Top Walk Sungai Sedim (47 minit - 35km)
- Pantai Merdeka (53 minit - 57km)
- Pusat Arkeologi Lembah Bujang (58 minit - 46km)
- Hutan Lipur Lata Bayu (58 min - 52km)
- Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (1 jam 18 min - 73.5km)
- puncak Gunung Jerai (1 jam 31 min - 72km)
Sekian, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment